‘’Jauhilah tujuh macam dosa yang sangat membahayakan: Di Tanya orang: Apakah yang tujuh itu ya, Rasulullah? Rasulullah menjawab, Mempersekutukan Allah, melakukan sihir, membunuh jiwa yang di haramkan Allah membunuhnya melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, berzina, lari dari medan perang dan menuduhkan lacur terhadap wanita mukmin yang terpelihara. Jiwanya terjaga’’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
KITAB FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
``Ambillah olehmu (peraturan) daripada aku. Sungguh Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu: Bikir sama bikir (perawan dan jejaka), hukumnya dicambuk(sebat) sebanyak 100 kali cambuk dan dibuang selama satu tahun. Janda sama janda, hukumnya dicambuk (sebat) 100 serta di rejam.''
KITAB FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
Tafsir Khazin berkata selanjutnya:
``Telah Ijmak (sepakat) seluruh ulama, bahawa si perawan yang berzina dijatuhi hukuman cambuk sebanyak 100 kali, sedang si muhsan yang berzina di jatuhi hukuman rejam
(didera dengan batu).''
Berkata pengarang kitab I`anah At- Talibin: Disyaratkan ``Ihshan’’ dalam perkara had ini:
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Telah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin).
Buku FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
Di dalam Al-Quran ayat rejam tidak dijumpai tetapi hukumnya masih berlaku.
Ayat tersebut yang maksudnya ialah:
Orang-orang tua, laki-laki dan perempuan, bila keduanya berzina, maka rejamlah mereka keduanya sungguh-sungguh, sebagai seksaan Allah. Dan Allah Maha Tegas Lagi Bijaksana.
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari hadis Abu Umamah bin Sahal. Demikian Nailul Autar juzuk ke:V11, halaman 95).
KITAB FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
HUKUMAN CAMBUK( SEBAT) DAN BUANGAN
Hukum sebat dan buangan dijatuhkan kepada orang berzina yang tidak muhsin, ertinya orang belum merasai persetubuhan yang halal (belum pernah kahwin).
Maksud Hadis,
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanni r.a. ia berkata: ``Pernah aku dengar Nabi s.a.w. memerintahkan dalam perkara orang yang berzina yang belum muhsin, supaya di jatuhkan hukuman cambuk sebanyak 100 kali dan diasingkan satu tahun.’’
(Riwayat Bukhari dan Nasai).
Syarat-syarat pembuangan.
Orang-orang yang telah berzina, bila ia hendak di buang( di asingkan) ke tempat lain, disyaratkan:
1. Harus dengan perintah hakim (imam) atau wakilnya.
2. Sekurang-kurangya sejauh ``musafat qasar’’ (138 km).
3. Tempat pembuangan sudah di tentukan.
4. Jalan ke tempat itu aman dan tenteram.
5. Jangan ada di tempat pembuangan itu penyakit berjangkit, seperti kolera dan lain-lain.
6. Pembuangan itu paling lama satu tahun.
7. Waktu yang setahun itu berturut-turut, jangan putus-putus.
No comments:
Post a Comment