Wednesday, November 26, 2008
Monday, November 24, 2008
PENGERTIAN ZINA
ZINAFuqaha` telah memberikan berbagai pengertian tertentu, antaranya ialah:
1. Menurut pengertian umum, zina ialah melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara, sedang penzina itu adalah seorang waras, baligh, berakal serta dengan kemahuan sendiri serta ia mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukanya adalah haram
2. Perbuatan zina ialah ia pencabulan terhadap kemaluan perempuan yang diharamkan melalui persetubuhan harm yang bukan miliknya dan bukan milik yang kesamaran.
3.Menurut pendapat Imam al-Kasani, zina ialah persetubuhan haram pada faraj perempuan yang masih hidup dengan kemahuan sendiri, tanpa hak milik dan tanpa hak syubhat dan tanpa akad nikah yang sah serta dilakukan dalam negara yang melaksanakan hukum islam.
Daripada definasi tersebut dapat dirumuskan bahawa zina ialah persetubuhan haram secara sengaja yang dilakukan oleh orang yang mukallaf pada kemaluan manusia tanpa hak milik yang sah pada hukum dan persetubuhan cara haram.
KONSEP PENZINAAN DALAM ISLAM

Allah SWT berfirman dalam Alquran, ``Janganlah kalian mendekati perzinaan! Sesungguhnya perzinaan itu merupakan perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.’’ (Q.S. al-Israa` : 32)
`` Katakanlah! Sesungguhnya Tuhank mengharamkan perbuatan-perbuatan keji, baik yang tampak mahupun yang tersembunyi, dan ( Tuhanku juga mengharamkan) perbuatan dosa serta melanggar hak manusia tanpa alas an yang benar.’’
(Q.S. al- A`raf: 33)
`` Wanita – wanita yang keji adala untuk para lelaki yang keji, dan para lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Demikian pela para wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan para lelaki yang baik adalah untuk para wanita yang baik.’’
(Q.S. an Nur: 26)
Tajuk Buku : Bimbingan Seks Bagi Remaja Muslim,
Nama Pengarang: Dr. Shahid Athar, M.D., F.A.C.P.,F.A.C.E.
SYARAT HAD ZINA
SYARAT HAD ZINA
Seseorang itu mestilah dikenakan had zina sama ada direjam atau disebat apabila mempunyai syarat berikut:
1. Cukup umur
2. Waras
3. Kemahuan sendiri
4. Jelas kelakian dan kewanitanya, iaitu bukan khunsa.
5. Masuk kesemua hasyafah dalam faraj
6. Persetubuhan yang bukan syubhat
RUJUKAN HUKUM KEPADA KITAB HADIS
‘’Jauhilah tujuh macam dosa yang sangat membahayakan: Di Tanya orang: Apakah yang tujuh itu ya, Rasulullah? Rasulullah menjawab, Mempersekutukan Allah, melakukan sihir, membunuh jiwa yang di haramkan Allah membunuhnya melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, berzina, lari dari medan perang dan menuduhkan lacur terhadap wanita mukmin yang terpelihara. Jiwanya terjaga’’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
KITAB FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
``Ambillah olehmu (peraturan) daripada aku. Sungguh Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu: Bikir sama bikir (perawan dan jejaka), hukumnya dicambuk(sebat) sebanyak 100 kali cambuk dan dibuang selama satu tahun. Janda sama janda, hukumnya dicambuk (sebat) 100 serta di rejam.''
KITAB FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
Tafsir Khazin berkata selanjutnya:
``Telah Ijmak (sepakat) seluruh ulama, bahawa si perawan yang berzina dijatuhi hukuman cambuk sebanyak 100 kali, sedang si muhsan yang berzina di jatuhi hukuman rejam
(didera dengan batu).''
Berkata pengarang kitab I`anah At- Talibin: Disyaratkan ``Ihshan’’ dalam perkara had ini:
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Telah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin).
Buku FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
Di dalam Al-Quran ayat rejam tidak dijumpai tetapi hukumnya masih berlaku.
Ayat tersebut yang maksudnya ialah:
Orang-orang tua, laki-laki dan perempuan, bila keduanya berzina, maka rejamlah mereka keduanya sungguh-sungguh, sebagai seksaan Allah. Dan Allah Maha Tegas Lagi Bijaksana.
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari hadis Abu Umamah bin Sahal. Demikian Nailul Autar juzuk ke:V11, halaman 95).
KITAB FIQH SHAFI`I, oleh Al-Ustaz H. Idris Ahmad SH. ( Almarhum ).
HUKUMAN CAMBUK( SEBAT) DAN BUANGAN
Hukum sebat dan buangan dijatuhkan kepada orang berzina yang tidak muhsin, ertinya orang belum merasai persetubuhan yang halal (belum pernah kahwin).
Maksud Hadis,
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanni r.a. ia berkata: ``Pernah aku dengar Nabi s.a.w. memerintahkan dalam perkara orang yang berzina yang belum muhsin, supaya di jatuhkan hukuman cambuk sebanyak 100 kali dan diasingkan satu tahun.’’
(Riwayat Bukhari dan Nasai).
Syarat-syarat pembuangan.
Orang-orang yang telah berzina, bila ia hendak di buang( di asingkan) ke tempat lain, disyaratkan:
1. Harus dengan perintah hakim (imam) atau wakilnya.
2. Sekurang-kurangya sejauh ``musafat qasar’’ (138 km).
3. Tempat pembuangan sudah di tentukan.
4. Jalan ke tempat itu aman dan tenteram.
5. Jangan ada di tempat pembuangan itu penyakit berjangkit, seperti kolera dan lain-lain.
6. Pembuangan itu paling lama satu tahun.
7. Waktu yang setahun itu berturut-turut, jangan putus-putus.
AYAT AL-QURAN BERKAITAN ZINA
HUKUM DIPAKSA ZINA
KEADAAN SESEORANG DI PAKSA BERZINA
SURAH AN-NUR:33
[33] Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
HUKUMAN ZINA
HUKUMAN TERHADAP PENZINA LELAKI DAN PEREMPUAN
1. LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN
2. PEREMPUAN YANG SUDAH BERKAHWIN
3. LELAKI YANG BELUM BERKAHWIN
4. PEREMPUAN YANG BELUM BERKAHWIN
SURAH AN-NUR:2
[2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
[3] Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
[4] Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
FAKTOR MENDORONG KEPADA ZINA
ANTARA FAKTOR-FAKTOR TERSEBUT IALAH:
- KURANGNYA DIDIKAN AGAMA
- TIDAK MENGHAYATI AJARAN ISLAM YANG DI PELAJARI
- KURANG KASIH SAYANG DAN PERHATIAN DARI KELUARGA
- PENGARUH DARU RAKAN SEBAYA
- PENGARUH MEDIA MASSA
- PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK
- PENGARUH ARTIS-ARTIS BARAT
- HIBURAN YANG MELAMPAU
- INGIN MENCUBA SESUATU YANG BARU
- INGINKAN PERHATIAN DARI PIHAK LAIN
- HANYA MEMIKIRKAN TENTANG KESERONOKAN
- PERNAH MENGALAMI KISAH HITAM SEWAKTU AWAL REMAJA ( DI PERKOSA)
- TERPEDAYA DENGAN RAKAN-RAKAN YANG LIAR
- MEMPUNYAI MASALAH DALAM KELUARGA SEPERTI DI PINGGIRKAN
- TIDAK MENGETAHUI BAHAYA SEKS RAMBANG KEPADA REMAJA
BERIKUT IALAH ANTARA FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG SERING DI BERIKAN OLEH REMAJA YANG TERLIBAT DALAM GEJALA SEKS BEBAS INI..
MENJAUHI ZINA
MENCEGAH SESUATU YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PERKARA ZINA:
SURAH AN-NUR:30
[30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
| [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. |
BAGAIMANA JIKA TAK MAMPU KAHWIN?
SEKIRANYA SESEORANG MUSLIM ITU TIDAK MAMPU BERKAHWIN DENGAN WANITA YANG MERDEKA..MAKA DIA DI BOLEHKAN UNTUK BERKAHWIN DENGAN HAMBA UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA TERJEBAK KE DALAM KANCAH KEMAKSIATAN
[25] Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
KELEBIHAN JAUHI ZINA
ANTARA FIRMAN ALLAH SWT DALAM AL QURAN:
[32] Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
[33] Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
[34] Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
PENDAPAT PAKAR
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dengan perempuan di luar nikah, sehingga merupakan bentuk penyimpangan seksual. Zina dapat merosak keturunan, menghancurkan sendi-sendi rumah tangga, meretakkan hubungan kekeluargaan, mengakibatkan kejahatan nafsu, dan merendahkan akhlak.
Factor-faktor yang mempengaruhi perilaku penyimpangan seksual:
1. Faktor Psikologi
Salah satu factor dalam hubunganya dengan kondisi kejiwaan seseorang yang bias merasakan senang dan tidak senang. Keadaan psikologi tersebut sangat berperanan dalam menentukan kesihatan jiwa, sikap, tingkah laku dan cara berfikir seseorang. Orang yang jiwanya terganggu, sikap, tingkah laku, maupun cara berfikirnya akan turut terganggu.
2. Faktor Sosiobudaya
Turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Dengan kehadiran bentuk-bentuk budaya positif dan negatif.
Contohnya dengan terbinanya pusat-pusat membeli belah serta pusat hiburan yang moden dan terkini telah menjadi pendorong kepada masalah salah laku seksual dalam kehidupan.
3. Faktor Pendidikan Dan Keluarga
Faktor keteladanan menjadi factor penting dalam membentuk keperibadian anak. Sikap ibu bapa sememangnya menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak. Keluarga merupakan ageb yang memainkan peranan paling besar di antara kaitan pendidikan, iaitu keluarga, sekolah, dan organisasi social masyarakat.
Keperluan yang lebih banyak pada anak ialah keperluan kasih sayang.
Antara keperluan psikologi ialah:
1) Keperluan kasih sayang
2) Keperluan harga diri
3) Keperluan rasa bebas
4) Keperluan mengenal lingkungan
5) Keperluan rasa aman
6) Keperluan rasa sukses
7) Keperluan biologi (seksual)
8) Keperluan pendidikan dan pengetahuan
Jika keperluan tersebut dapat di penuhi, maka, anak-anak akan merasa aman, tenang, dan tenteram.
Ada beberapa masalah penting yang dapat mempengaruhi kesihatan mental anak, yang akhirnya mendorong kepada perilaku penyimpangan seksual dan perilaku yang menyimpang etika seksual, iaitu:
a) Keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil
b) Tidak ada keharmonian dalam keluarga
c) Keadaan ibu bapa yang bercerai, pergaduhan
d) Salah memilih pendidikan serta kurang pengawasan
e) Ibu bapa yang sibuk dengan urusan bisnes semata-mata
f) Ibu bapa yang pemabuk, pembohong, penipu, pencuri, perompak, pembunuh
g) Perbezaan keyakinan serta pendapat terhadap pandangan hidup yang mengelirukan anak-anak
4. Faktor Fisiologi
5. Faktor keturunan
6. Faktor dalam kandungan
7. Faktor sesudah melahirkan
Berikut ialah jenis-jenis penyimpangn seksual:
Melakukan hubungan seksual terhadap lawan sejenis, di lakukan atas dasar suka sama suka, tanpa ada ikatan pernikahan yang sah menurut agama mahupun undang-undang yang membenarkanya.
Dalam hukum islam, nikah ialah yang terpuji, ini merupakan jalan paling sihat untuk menyalurkan keperluan biologi (insting sex). Pernikahan juga merupakan saranan dan idea untuk memperoleh keturunan.
Zina, dinyatakan oleh agama sebagai perbuatan melanggar hukum yang tentu saja sudah seharusnya diberi hukuman.
Zina merupakan sebab langsung menularnya penyakit yang sangat membahayakan, seperti sifilis, gonorrhea, lymphogranuloma ingunale, granuloma venereum, ulcusmolle, dan HIV/AIDS.
Kemusnahan akibat zina:
- Zina merupakan salah satu penyebab terjadinya pembunuhan, kerana sifat cemburu yang sudah menjadi watak manusia. Sangat sedikit lelaki dan perempuan mulia, merelakan begitu sahaja penyelewengan hubungan kelamin.
- Zina juga mengajar manusia membunuh bayi yang tidak berdosa hasil dari hubungan seks terlarang
- Zina mengakibatkan rosaknya rumah tangga, menghilangkan harkat keluarga, memutuskan tali pernikahan, dan membuat buruknya pendidikan yang di terima oleh anak-anak.
- Zina merupakan pembebanan yang akhirnya menimpa penzina itu sendiri yang mana apabila wanita yang di zinanya melahirkan anak, mereka terpaksa mengasuh anak yang secara hukum bukan anaknya.
- Zina merupakan perbuatan sesaat yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan semacam itu merupakan perbuatan binatang yang semestinya di hindari oleh setiap manusia.
Untuk melaksanakan hukuman terhadap penzina, Islam menentukan beberapa syarat, antaranya ialah:
1) Hukuman dapat dibatalkan bila masih terdapat keraguan terhadap peristiwa atay perbuatan zina itu. Hukuman tidak dapat dijalankan melainkan benar-benar berlakunya penzinaan.
2) Untuk meyakinkan perihal terjadinya penzinaan, harus ada empat orang saksi lelaki yang adil.
3) Kesaksian empat orang tersebut masih memerlukan beberapa syarat, masing-masing melihat proses penzinaan tersebut.
4) Bila salah seorang saksi mencabut kesaksianya, maka yang tiga lagi di jatuhkan hukuman menuduh zina.
Tajuk Buku: ETIKA SEKSUAL DAN PENYIMPANGANYA DALAM ISLAM
Pengarang: Drs. Yatimin, M.Ag.
PENDAPAT PAKAR
ZINA (ILLICIT SEXUAL GRATIFICATION)
All the revealed religions have prohibited fornication and adultery and have fought against these crimes against society. Islam, the last of the divinely revealed religions, is very strict in prohibiting zina, for it leads to confusion of lineage, child abuse, the breaking- up families, bitterness in relationship, the spread of veneral diseases, and a general laxity in morals; moreover, its open the door to a flood of lust and self-gratification. Therefore, in islam, whatever excites passions, opens ways for illicit sexual relations and promotes indecency and obscenity, is prohibited.
Title: Sexual Issues In Modern Era & it`s solution
Writer: Dr. Mufti Allie Haroun Sheik
Sunday, November 16, 2008
PERINGATAN DARI ALLAH SWT
HUKUM PANDANGAN MATA DAN KESANNYA TERHADAP PELAKUNYA
Allah swt berfirman yang bermaksud:
‘’Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ``Hendaklah mereka menahan pandanganya dan menjaga kemaluanya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’. Katakanlah kepada wanita yang beriman `` Hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluanya`.’’
(An- Nur: 30-31)
PERSOALAN UMUM..
Persoalan yang biasanya berlegar di kepala bagi mereka yang tidak begitu dalam faham hukum syari`ah ini antaranya ia:
1) Apakah itu hasyafah?
2) Sekiranya tidak masuk sekurang-kurangya sekadar syafahah, apakah hukumnya?
3) Apakah persetubuhan syubhat dan bagaimana ia boleh terjadi?
4) Sekiranya ia merupakan persetubuhan syubhat, apakah hukumnya? bagaimanakah anak hasil dari hubungan tersebut?
5) Kepada siapakah perlu anak tersebut di binkan?
6) Bagaimana pula hukumnya jika seseorang itu mempunyai dua alat kelamin iaitu khunsa?
JAUHI PERKARA TERSEBUT!!!
Ihilah yang disebutkan oleh ALLA SWT dalam al-Quran golongan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang...atas buka,, bawah pun buka,,tutup kat tengah sahaj...HARAM hukumnya...Bertaubatlah segera..
Sebagai saudara sesama Islam, kita wajib menegur rakan-rakan ataupun orang Islam lain yang melakukan kemungkaran.

Pasangan remaja berseragam sekolah,,bermadu kasih di hutan lipur,,apakah kesanya kepada mereka kelak, pelajarn terabai..serta mendorong kepada perlakuan zina pula..
