Monday, November 24, 2008

PENDAPAT PAKAR

Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dengan perempuan di luar nikah, sehingga merupakan bentuk penyimpangan seksual. Zina dapat merosak keturunan, menghancurkan sendi-sendi rumah tangga, meretakkan hubungan kekeluargaan, mengakibatkan kejahatan nafsu, dan merendahkan akhlak.

Factor-faktor yang mempengaruhi perilaku penyimpangan seksual:

1. Faktor Psikologi

Salah satu factor dalam hubunganya dengan kondisi kejiwaan seseorang yang bias merasakan senang dan tidak senang. Keadaan psikologi tersebut sangat berperanan dalam menentukan kesihatan jiwa, sikap, tingkah laku dan cara berfikir seseorang. Orang yang jiwanya terganggu, sikap, tingkah laku, maupun cara berfikirnya akan turut terganggu.

2. Faktor Sosiobudaya

Turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Dengan kehadiran bentuk-bentuk budaya positif dan negatif.

Contohnya dengan terbinanya pusat-pusat membeli belah serta pusat hiburan yang moden dan terkini telah menjadi pendorong kepada masalah salah laku seksual dalam kehidupan.

3. Faktor Pendidikan Dan Keluarga

Faktor keteladanan menjadi factor penting dalam membentuk keperibadian anak. Sikap ibu bapa sememangnya menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak. Keluarga merupakan ageb yang memainkan peranan paling besar di antara kaitan pendidikan, iaitu keluarga, sekolah, dan organisasi social masyarakat.

Keperluan yang lebih banyak pada anak ialah keperluan kasih sayang.

Antara keperluan psikologi ialah:

1) Keperluan kasih sayang

2) Keperluan harga diri

3) Keperluan rasa bebas

4) Keperluan mengenal lingkungan

5) Keperluan rasa aman

6) Keperluan rasa sukses

7) Keperluan biologi (seksual)

8) Keperluan pendidikan dan pengetahuan

Jika keperluan tersebut dapat di penuhi, maka, anak-anak akan merasa aman, tenang, dan tenteram.

Ada beberapa masalah penting yang dapat mempengaruhi kesihatan mental anak, yang akhirnya mendorong kepada perilaku penyimpangan seksual dan perilaku yang menyimpang etika seksual, iaitu:

a) Keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil

b) Tidak ada keharmonian dalam keluarga

c) Keadaan ibu bapa yang bercerai, pergaduhan

d) Salah memilih pendidikan serta kurang pengawasan

e) Ibu bapa yang sibuk dengan urusan bisnes semata-mata

f) Ibu bapa yang pemabuk, pembohong, penipu, pencuri, perompak, pembunuh

g) Perbezaan keyakinan serta pendapat terhadap pandangan hidup yang mengelirukan anak-anak

4. Faktor Fisiologi

5. Faktor keturunan

6. Faktor dalam kandungan

7. Faktor sesudah melahirkan

Berikut ialah jenis-jenis penyimpangn seksual:

Melakukan hubungan seksual terhadap lawan sejenis, di lakukan atas dasar suka sama suka, tanpa ada ikatan pernikahan yang sah menurut agama mahupun undang-undang yang membenarkanya.

Dalam hukum islam, nikah ialah yang terpuji, ini merupakan jalan paling sihat untuk menyalurkan keperluan biologi (insting sex). Pernikahan juga merupakan saranan dan idea untuk memperoleh keturunan.

Zina, dinyatakan oleh agama sebagai perbuatan melanggar hukum yang tentu saja sudah seharusnya diberi hukuman.

Zina merupakan sebab langsung menularnya penyakit yang sangat membahayakan, seperti sifilis, gonorrhea, lymphogranuloma ingunale, granuloma venereum, ulcusmolle, dan HIV/AIDS.

Kemusnahan akibat zina:

  • Zina merupakan salah satu penyebab terjadinya pembunuhan, kerana sifat cemburu yang sudah menjadi watak manusia. Sangat sedikit lelaki dan perempuan mulia, merelakan begitu sahaja penyelewengan hubungan kelamin.
  • Zina juga mengajar manusia membunuh bayi yang tidak berdosa hasil dari hubungan seks terlarang
  • Zina mengakibatkan rosaknya rumah tangga, menghilangkan harkat keluarga, memutuskan tali pernikahan, dan membuat buruknya pendidikan yang di terima oleh anak-anak.
  • Zina merupakan pembebanan yang akhirnya menimpa penzina itu sendiri yang mana apabila wanita yang di zinanya melahirkan anak, mereka terpaksa mengasuh anak yang secara hukum bukan anaknya.
  • Zina merupakan perbuatan sesaat yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan semacam itu merupakan perbuatan binatang yang semestinya di hindari oleh setiap manusia.

Untuk melaksanakan hukuman terhadap penzina, Islam menentukan beberapa syarat, antaranya ialah:

1) Hukuman dapat dibatalkan bila masih terdapat keraguan terhadap peristiwa atay perbuatan zina itu. Hukuman tidak dapat dijalankan melainkan benar-benar berlakunya penzinaan.

2) Untuk meyakinkan perihal terjadinya penzinaan, harus ada empat orang saksi lelaki yang adil.

3) Kesaksian empat orang tersebut masih memerlukan beberapa syarat, masing-masing melihat proses penzinaan tersebut.

4) Bila salah seorang saksi mencabut kesaksianya, maka yang tiga lagi di jatuhkan hukuman menuduh zina.

Tajuk Buku: ETIKA SEKSUAL DAN PENYIMPANGANYA DALAM ISLAM

Pengarang: Drs. Yatimin, M.Ag.

No comments: